Halaman

Isnin, 31 Januari 2011

10 perkara jangan dilakukan di Facebook


1. Status mengatakan anda seorang diri di rumah atau kerja lebih masa di pejabat. Bukan itu sahaja, malah anda siap beritahu berapa lama kamu berseorangan. Bahaya betul!

2. Gambar helaian dokumen sulit seperti penyata akaun. Bukan sahaja anda bakal dituduh "suka menunjuk", tanpa sedar anda juga sebenarnya mendedahkan butiran peribadi yang tak sepatutnya diketahui orang lain.

3. Upload gambar "terlampau", walaupun hanya orang tertentu sahaja yang boleh melihatnya. Bayangkan jika mereka sebarkan foto tersebut!

4. Merungut perihal kerja walhal majikan anda juga ada dalam senarai teman di FB. Ia pasti akan menjejaskan reputasi kerjaya anda.

5. Syok sendiri. Anda suka "Like" dan komen pada gambar atau status anda sendiri.

6. Beri pandangan peribadi mengenai perkara yang menyentuh sensitiviti teman FB anda yang berlainan bangsa dan agama.
7. Katakan sesuatu yang belum pasti seperti, "Saya dapat kereta mewah bulan depan!", malangnya bank tak luluskan pinjaman anda.

8. Status marah anda. Walau sedang "panas", elak luahkannya di FB. Ada potensi untuk orang yang tak berkenaan pula yang terasa. Kamu juga akan dilihat sebagai "minah baran".

9. Butiran lengkap seperti nombor telefon dan alamat rumah. Anda memudahkan penjahat merancang sesuatu yang tak baik.

10. Jawapan telus. Apa yang ditanya, Anda pasti akan jawab, termasuklah angka gaji. Anda mesti bijak rahsiakan sesetengah perkara di laman web sosial

Go to my Facebook page @ http://www.facebook.com/koreanjapanfashion
read more..

Khamis, 13 Januari 2011

Penuaan : Penjagaan kulit

Cuba anda perhatikan kulit wajah anda, adakah anda mempunyai tanda kerutan halus di bawah mata? Jika ada, bererti kulit anda sedang mengalami proses penuaan. Proses penuaan mula terjadi di saat anda berusia 25 tahun, di mana terjadi perubahan dan penurunan pada sensitivi, tekstur, dan fleksibiliti kulit.



KULIT BERMINYAK LEBIH AWET MUDA? Kulit kering cenderung cepat menua kerana memiliki kulit yang lebih tipis berbanding wanita dengan jenis kulit berminyak. Namun, keduanya tetap mengalami proses penuaan yang sama. 

Ciri-ciri kulit yang mengalami penuaan? Garis dan kerutan lebih jelas, warna kulit tidak rata, timbul bintik hitam, coklat, atau putih, kulit kusam dan kasar, serta elastisiti kulit menurun.

AKIBAT METABOLISME TUBUH MENURUN. Pertambahan usia menyebabkan turunnya metabolisme tubuh sehingga produksi sejumlah protein penting yang mempertahankan struktur kulit berkurangan. Ini mengakibatkan hilangnya kemampuan sel dalam menghasilkan komponen yang diperlukan untuk mempertahankan kulit yang sihat.

Ada beberapa faktor yang memengaruhi proses penuaan, iaitu:
Turunnya metabolisme tubuh yang mengakibatkan turunnya sejumlah protein yang diperlukan untuk mempertahankan struktur kulit. Kemampuan sel untuk memperbaharui diri berkurangan. Faktor sekeliling dan gaya hidup yang tidak sihat juga memainkan peranan penting pada tubuh anda.

KEBIASAAN GAYA HIDUP YANG SIHAT
  • Hidup sIhat, mengelakkan stress dan tidak melakukan diet terlalu ketat.
  • Mengambil suplemen makanan, hormon, dan vitamin.
  • Tidak pernah lupa memakain krim sunblock.
  • Menyapu krim anti aging pada pagi dan malam hari.
  • Mengambil produk antioksidan, seperti vitamin A, C, E, dan teh hijau.
FUNGSI ANTIOKSIDAN
Antioksidan berfungsi melindungi kulit dengan menghentikan serangan pada sel kulit dengan cara memakan, minum dan sapuan pada kulit. Berikut merupakan beberapa antioksidan dengan manfaat masing-masing
  • Vitamin A, sangat penting pada masa pertumbuhan tubuh, memelihara kulit, tulang, organ dan meningkatkan kekebalan tubuh.
  • Beta Carotene (pro-vitamin A), merupakan pelawan radikal bebas dan meningkatkan kekebalan tubuh.
  • Vitamin C, merupakan antioksidan yang kuat dan melindungi sel agar terhindar dari kerosakan karena radikal bebas.
  • Vitamin E, diperlukan dalam mencegah penuaan dan memperbaiki hormon tubuh.
  • Vitamin K, berguna untuk membentuk beberapa protein yang mengatur pembekuan darah dalam tubuh.
Evening Primrose Oil (EPO), dapat dianggap herba penting dalam mengurangi efek penuaan secara umum kerana ia memperbaharui hormon di dalam tubuh, di mana proses penuaan dapat diperlambatkan. Teh hijau, merupakan antioksidan alami yang membantu mengembalikan kemampuan perlindungan alami kulit, meratakan warna kulit, serta mengurangi timbulnya tompokan dan bintik hitam di kulit.




read more..

Rabu, 12 Januari 2011

Tampil cantik dan menawan

Mari kita mulai dari tangan. Mulai saat ini, berjanjilah pada diri sendiri untuk merawat tangan dengan baik. Hal ini dapat dilakukan dengan cara yang simple. Anda boleh melakukannya  di sela-sela aktiviti kegiatan anda yang sibuk di pejabat.


Tangan yang halus dan lembut adalah impian semua perempuan. Mulailah dengan mengoleskan pelembab tangan sekali atau dua kali dalam sehari disamping mengurut tangan selama 5 – 10 minit. Cara ini akan melancarkan  peredaran darah di samping membantu tumbuhnya sel kulit baru yang lebih sihat.Jangan lupa untuk menghilangkan sel kulit mati pada tangan. Ritual ini seeloknya dilakukan seminggu sekali. Pilih mild exfoliator untuk mengangkat sel kulit mati, kutikula kering yang membuat tangan nampak kering dan tidak sihat.

Kaki anda berbau?

 

Apalagi sekiranya orang perempuan yang mengalaminya. Ini tentu menjadi masalah besar dan memalukan. Kasut berbau, boleh membuat kaki  jadi berbau. Ada tips yang boleh anda ikuti untuk menghindari kaki bau.
Jika Anda ingin membeli kasut, belilah kasut yang berkualiti . Cari kasut yang bahagian dalamnya dibuat dari bahan alami, kerana akan membuat kaki boleh bernafas  dan lebih cepat menyerap peluh. Bahan sintesis akan membuat kaki mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan kerana kurangnya udara masuk.

Jangan merasa untung membeli kasut murah kerana pasti  kualitinya rendah dan kasut anda akan cepat rosak. Lebih baik membeli kasut yang mahal sedikit, namun berkualiti tinggi..

Selain memperhatikan pemilihan kasut, anda juga harus memastikan kaki selalu dalam keadaan bersih. Ketika mandi, bersihkan kaki anda dengan berus kaki atau berus kecil lainnya. Ini berguna untuk mengangkat sel kulit mati yang merupakan salah satu penyebab bau di kaki.

Sebagai alternatif lain, anda dapat merendam kaki dengan air dingin. Setelah itu rendam dengan air hangat. Pori-pori kulit di kaki menjadi bersih dan akan membuat bau di kaki berkurang.

Anda juga disarankan tidak menggunakan kasut yang sama dalam waktu yang lama. Usahakan memakai kasut yang berlainan agar kasut anda sentiasa kering dan tidak lembab.Jangan biarkan kasut dalam keadaan yang basah. Segera keringkan apabila kasut basah. Bila dibiarkan lebih dari sehari, akan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan dan kaki anda pun jadi ikut berbau.

Merawat rambut jadi langkah ketiga tampil cantik di 2008.

 

Merawat rambut ternyata tidak semudah menatanya. Dengan sedikit foam dan blow dry, kita boleh mendapat riasan rambut yang indah. Namun untuk merawatnya diperlukan trik-trik khusus.
Terkadang kita tidak menyedari demi mendapatkan dandanan rambut yang bagus, kita mengorbankan kesihatan rambut itu sendiri. Untuk mendapatkan dandanan rambut yang okey sekaligus sihat, ikuti langkah dibawah”-

Sinar matahari dan proses pengeringan rambut yang terlalu kerap akan membuat keindahan rambut berkurangan. Rambut akan menjadi kering juga kusam. Untuk itu secara rutin gunakanlah masker rambut dua kali seminggu. Hal ini akan menjaga kemilau serta kelembaban rambut.
Pastikan anda tahu jenis rambut anda termasuk jenis berminyak, kering, normal atau berkelimumur. Jenis rambut mempunyai rawatan yang berbeza.

Ketika menggunakan hair dryer atau hair iron, sebaiknya gunakan produk pencegah panas khusus rambut. Hal ini untuk mencegah kerosakan rambut akibat panas yang ditimbulkan oleh alat-alat itu.
Untuk melindungi rambut dari sinar matahari yang merosak, sebaiknya ketika keluar ruangan saat cuaca panas, gunakanlah pelindung matahari bagi rambut. Memakai topi atau payung juga dapat melindungi rambut dari sinar matahari secara langsung.

Pilihan makanan yang mengandungi antioksidan

 

Pilih makanan bervitamin A, C, D, dan E. Ini boleh didapati dari buah-buahan seperti oren, strawberri, avokado dan pisang. Tidak lupa juga makanan seperti ikan dan ayam. Sebaliknya, hindari terlalu banyak mengambil makanan berminyak, gula, dan coklat.

Minum air putih sebanyak-banyaknya. Minimal 1.5 liter setiap hari agar tubuh dan kulit tak kekurangan air dan kelihatan segar sentiasa.Selain penjagaan bermula secara dalaman anda juga perlu menggunakan body lotion. Setiap kali selesai mandi, dan sebelum tidur adalah saat yang tepat untuk menyapu losyen ke tubuh anda.

Perlu diingatkan proses detox bermula dari hati (lever) kita.  Hati bekerja keras untuk menyaring zat-zat beracun yang berada di tubuh kita.Oleh itu ubahlah cara pemakanan dan kehidupan seharian kita mulai dari sekarang kerana jika kita berjaya menghindari toxin dari tubuh kita, berbagai penyakit dapat dicegah, tubupun menjadi lebih sihat, segar dan awet muda…..


read more..

Penyebab lingkaran hitam bawah mata dan petua menghilangkannya

Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kemunculan lingkaran hitam bawah mata nie. Antaranya ialah;


1. Selari dengan umur anda yang semakin meningkat.
2. Anda ada alahan.
3. Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri.
4. Mengalami keletihan setelah bekerja seharian.
5. Kekurangan nutrisi pada tubuh anda.

6. Faktor genetik.
7. Pengaliran darah yang tak stabil.
8. Anda menghadapi tekanan dan tak dapat mengawalnya dengan baik.
9. Terdedah kepada cahaya matahari. (Bukan matahari waktu pagi yer.)
10. Penurunan berat badan yang agak mendadak.

11. Ada masalah pinggang dan juga perut.
12. Tisu lemak dan cecair.
13. Masalah sinus.
14. Anda memang ada masalah kesihatan.
15. Anda seorang perokok.

Untuk menghilangkan lingkaran hitam tersebut cuba anda gunakan kaedah rawatan menggunakan kentang. Kentang baik dan sesuai untuk mencerahkan kulit anda. Terutamanya pada bahagian muka. Ini kerana ia mengandungi enzim catecholase.

Ikutilah 7 langkah di bawah untuk hilangkan kesan hitam bawah mata anda;

1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.
2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.
3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.
4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.
5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.
6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.
7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.
Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan.
Selamat Mencuba!

read more..

5 Cara Kawal Berat Badan Ketika Bercuti

Sewaktu bercuti, seperkara yang mungkin menghantui diri anda ialah kesukaran untuk mengawal kenaikan berat badan. Agak susah nak kawal dan kekalkan berat badan masa ni, kan? Nak naik memanglah senang, tapi kalau nak turunkan biasanya memang sukar. 

Masalah sebegini memang sering terjadi kepada kita. Jadi, apakata anda cuba praktikkan beberapa garis panduan di bawah untuk mengekalkan berat badan;

1. Makan dengan Perlahan
Tabiat memakan makanan dengan perlahan akan membuatkan anda lebih cepat terasa kenyang.
Pakar nutrisi mendapati individu yang makan secara perlahan-lahan akan menyerap KURANG kalori berbanding jika makan secara cepat.

2. Pilih Makanan yang Perlu
Anda mesti tentukan apa yang ingin dimakan. Rancanglah mengikut keperluan tubuh. Sila abaikan makanan lain yang tak diperlukan dan elakkan daripada menurut nafsu. Sebagai contoh, anda isikan separuh pinggan anda dengan sayur-sayuran. Manakala selebihnya barulah anda ambil makanan yang mengandungi protein dan kanji.

3. Alas Perut Dulu
Sebelum keluar dari rumah, pastikan anda mengalas perut. Usah biarkan perut anda kosong. Tujuannya supaya gula dalam darah dapat distabilkan. Kemudian, barulah anda keluar untuk bersiar-siar ataupun menghadiri sesuatu majlis. Jadi, andaikata anda disajikan makanan yang enak, ketika itu anda mampu mengawal nafsu dan lebih bijak dalam memilih hidangan yang perlu dimakan.

4. Memakai Pakaian Ikut Bentuk Tubuh
Apabila memakai pakaian sebegini, tentu anda mudah mengesan perubahan yang berlaku. Secara tak langsung, anda pasti akan berusaha sedaya upaya dalam mengawal pemakanan yang diambil.

5. Bersenam
Mahu atau tidak, anda mesti bersenam untuk mengawal serta mengekalkan berat badan semasa. Ia penting bagi membakar kalori dan membentuk badan. Aktiviti senaman atau riadah tak semestinya yang berat-berat. Cukup sekadar mengeluarkan peluh seperti berjalan kaki dan senaman ringan lain. Lakukannya dalam 20 hingga 30 minit setiap hari.
Mudah-mudahan 5 langkah ini mampu memastikan berat badan kekal sihat walaupun sedang bercuti panjang!

read more..

Petua mencantikkan bibir

Adakah anda sedang mengalami masalah bibir kering ataupun bibir pecah? Jika tidak, adakah anda risaukan bibir anda hitam akibat daripada kesan merokok mahupun penggunaan gincu bibir yang kurang sesuai?
Seandainya anda berdepan dengan salah satu masalah di atas, usah cemas. Berikut satu petua ringkas untuk anda atasinya. Hanya satu bahan utama yang anda perlukan iaitu mentega.
Cara-caranya ;
1. Ambil sedikit saja mentega dan sapukan hingga rata di sekitar kawasan bibir anda.
2. Lakukan proses ini pada setiap malam iaitu ketika sebelum tidur.
Itu saja. Anda amalkanlah petua bibir ni sehingga bibir anda kembali segar dan warnanya pun kembali pada asal.
Selamat Mencuba!
read more..

Ahad, 9 Januari 2011

Hot Item

tn_109071yellow
M109071 Yellow
Pasaran : RM 59.90
Di sini : RM 31.00
tn_4329dred



NB4329-D Red
Pasaran : RM 69.90
Di sini : RM 40.00
tn_9282white
992821 white
Pasaran : RM 45.90
Di sini : RM 31.00 
image 1, image 2
read more..

Sabtu, 8 Januari 2011

Fesyen 'Ladies' untuk tahun 2011

Jika berminat atau ingin memperolehi keterangan lanjut boleh email saya di nizamali60@yahoo.com. Harga yang dipaparkan merangkumi harga pos. Untuk terus membuat tempahan boleh ke laman http://infodantipskecantikan.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

tn_2922black
M2922 Black
Pasaran : RM 69.90 
Di sini : RM 37.00
tn_2922white
M2922 White
Pasaran : RM 69.90 
Di sini : RM 37.00
tn_0171pink
M0171 Pink Coat
Pasaran : RM 69.90 
Di sini : RM 39.00
tn_0171white
M0171 White Coat
Pasaran : RM 69.90 
Di sini : RM 39.00
image 3
tn_0171blue
M0171 Blue Coat
Pasaran : RM 69.90 
Di sini : RM 39.00
image 3
tn_1145white
M1145 White
Pasaran : RM 69.90 
Di sini : RM 40.00
image 3
tn_2934green
M2934 Dark Green
Pasaran : RM 69.90 
Di sini : RM 40.00
tn_1031white
M1031 White
Pasaran : RM 69.90 
Di sini : RM 39.00
tn_1031pink
M1031 Pink
Pasaran : RM 69.90 
Di sini : RM 39.00
tn_1144grey
M1144 Grey
Pasaran : RM 69.90 
Di sini : RM 37.00
tn_1144purple
M1144 Purple
Pasaran : RM 69.90 
Di sini : RM 37.00
tn_7915white
M07915 White
Pasaran : RM 69.90 
Di sini : RM 37.00
@Info dan Tips kecantikan Anda


Go to my Facebook page @ http://www.facebook.com/koreanjapanfashion
read more..

Rabu, 5 Januari 2011

Tips dan Rahsia Wanita Jepun

Berikut adalah 7 tips kelangsingan dan panjang umur wanita Jepun

1. Rutin akan ikan
Seperti yang kita tahu ikan adalah makanan utama orang Jepun. Terutamanya ikan Salmon yang menjadi makanan nombor satu digemari.

2. Makan sayur - sayuran
Adalah lumrah bagi masyarakat Jepun untuk bersarapan dengan memakan sayur-sayuran. Meskipun ringan, tapi mengenyangkan.

3. Makan Nasi secukupnya
Di Jepun nasi disajikan dalam jumlah yang relatif sedikit, 2 mangkuk kecil di tambah dengan hidangan lain.

4. Kacang kedelai
Tidak sah sehari tanpa kedelai, itulah masakan Jepun.

5. Makan Mie
Ada Soba, Udon, Ramen, dan Somen. Rasanya berbeza, dengan tekstur tersendiri.

6. Minum Teh 
Terutama teh hijau, di Jepun ianya sangat dihargai kerana boleh menjadi pelindung kesihatan dan panjang umur.

7. Camilan buah-buahan.
Orang Jepun tidak terlalu banyak makan buah. Mereka makan buah sebagai camilan dan makan dalam bentuk masih segar, bukan olahan. Mereka juga tidak biasa makan kuih yang manis, biskui, donat, dan hidangan penutup yang dipanggang atau dibakar.

Ternyata tampil dengan badan yang langsing dan panjang umur bukanlah suatu yang sukar bukan? Juga tak memerlukan pengeluaran wang yang banyak. Selamat mencuba!
read more..

Panduan Untuk Kening Menarik

Untuk mendapatkan wajah yang kemas dan menarik, tidak memerlukan usaha yang banyak.. hanya dapatkan kening yang kemas dan rapi dan anda tidak perlu membuang masa untuk make-up yang tebal.. tetapi proses untuk membuat cabutan haruslah betul, untuk mengelakkan hasil yang tidak diingini..

Lagipun dalam islam hukum adalah harus kepada mereka yang ingin mengemaskan muka( temasuk membuang bulu kening yang bersepah). Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.

Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.

Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.

Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.

Terlebih mencabut bulu kening mnkin mengambil masa berbulan2 untuk tumbuh... dan mungkin akan menyebabkan penipisan kening secara kekal..mungkin anda semua tidak mahu ini terjadi bukan? lagi pun ternd sekarang adalah mendapatkan kening yang lebih semulajadi.. penggunaan pensil juga semakin ketinggalan zaman sekarang.. kita boleh lihat di televisyen sekarang, kebanyakan jurumekap banyak menggunakan 'eyeshadow' yang gelap dan di beruskan di kening bagi mendapatkan bentuk yang lebih natural.. agipun bagi sesiapa yang tidak biasa menggunakan pensil kening, ia akan mendapatkan kesan yang tidak semulajadi, jika pensil itu tidak di kawal dengan sebetulnya..anda tidak mahu wajah yang garang bukan??

Pertama, bentuk kening yang semulajadi haruslah mengambil kira hujung kening di pepenjuru mata sebagai penentu ukuran. Jadi sebelum mencabut bulu kening, lukiskan dulu dengan pensil bentuk yang diingini. Garisan ini menjadi penentuan untuk proses cabutan nanti.. perlu diingatkan, kita hanya mencabut bulu yang bersepah.. dan jangan sesekali mencabut sehingga nipis hingga menampakkan satu garisan. Pastikan bahagian tengah antara hidung lebih tebal berbanding bahagaian hujung kening..

Pilih 'twezer' yang mmpunyai cengkaman yang baik.. yang membolehkan anda membuat cabutan serapat2nya ke kulit.. dan pastikan keadaan kulit adalah bersih sebelum mencabut.. ye la bila membuat cabutan tu, kita akan menyebakan bukaan rongga.. jadi senang kuman nk 'serang' nanti.. jd bersihkan dulu kawasan cabutan dan pastikan ia bebas dr kuman..(basuh muka dulu sebaik2nya).. pastkan anda mencabut di kawasan yang terang dan jelas bagi mengelakkan bebanan pada mata.. ye la mata kena fokus lebih la klau tmpat gelap.. ambik masa dan pastikan cabut satu persatu.. regangkan kulit sedikit semasa mencabut..... dan jangan tarik arah berlawanan dengan pertumbuhan bulu.. kalu tak...klau tak, sakitnya..

Selepas cabutan ..pastikan kulit berehat.. maksud saya letakkan sedikit gel atau krim yang menyejukkan, ataupun klau sesiapa ada daun lidah buaya tu, sapukan sedikit lendirnya bagi mengelakkan kerengsaan.

Akhir sekali, anda boleh meletakkan gel kening ataupun petroleum jelly bagi mengekalkan bentuk kening dan anda boleh melangkah dengan lebih berkeyakinan.
read more..

Tip sentiasa cantik kala makan angin

Walau apapun tujuan kita berjalan sama ada untuk melawat keluarga, bertugas luar kota ataupun berdarmawisata, biasanya kala berpergian kita tidak terlepas daripada berasa tegang, tertekan. Ada kala untuk tampak sentiasa cantik dan bergaya ketika berpergian juga boleh membawa tekanan tanpa kita sedar. Ya, kita semua tahu betapa sukarnya untuk tampak sentiasa menawan selepas berjam-jam dalam kapal terbang atau transit. Bagaimana hendak memiliki ketrampilan yang sentiasa dilihat anggun tidak kira sepenat mana pun diri? Berikut 41 tip kendari kecantikan buat anda renung dan amalkan kala bersiap-siap waima melancong bersendiri, bersama kawan mahupun keluarga. Berkemas untuk berpergian tidaklah semudah yang disangka. Terutama dalam memilih alat solek dan alat penjagaan kulit. Kadang kala dalam kita memastikan kita membawa semua keperluan penjagaan kecantikan kulit tetapi pabila di tempat orang, ada saja yang kurang. Ini kerana kulit biasanya memerlukan produk yang berbeza bergantung kepada cuaca.

Kata kunci dalam hal ini, ambil masa ketika mengisi barangan solekan supaya tidak lupa perkara yang penting. Kedua, bawa produk serba guna, ini boleh menjimatkan ruang beg kerana anda tidak mempunyai banyak ruang untuk bawa semua! Justeru titip panduan di bawah ini supaya anda tampak sentiasa cantik tatkala berpergian ;

1. BAWA YANG PERLU SAJA
Dalam tergesa-gesa berkemas, kita cenderung mencapai apa saja. Bijakkan diri, luangkan sedikit waktu memilih barangan alat solek, rambut dan mandian. Tentukan apa yang perlu, ingatkan kembali jadual anda dan fikirkan gaya yang anda mahu tonjolkan - sama ada mesyuarat sebelah pagi, tengah hari atau makan malam. Begitu juga kala melancong.

2. AGIH DENGAN TERATUR
Jika mahu memakai pelembap ketika dalam kapal terbang, bawalah beg tangan besar atau bawa beg jinjing khas. Tetapi tentukan anda tidak masukkan syampu di dalamnya. Laburkan sedikit membeli saiz kembara. Ia bukan sahaja mendorong anda menjadi lebih teratur, ia juga mengajar anda membawa ikut keperluan dan barang yang sikit / ringan.

3. JANGAN PINGGIRKAN ALAT PENJAGAAN KULIT
Lapangan terbang dan 'perut' pesawat adalah tempat yang amat kering dan boleh menyebabkan kulit berasa terik dan kasar. Dan jangan lupa juga panahan matahari boleh menembusi cermin bas.

4. KEBARANGKALIAN HILANG BAGASI
Kalau perjalanan anda mengambil masa berbelas jam saya sarankan anda membawa keperluan asas di dalam bagasi tangan. Seandainya bagasi anda hilang atau tersasar ke tempat lain, setidak-tidaknya wajah anda tidak turut 'terkandas'. Jadi tentukan bagasi tangan anda ada; pelembap, penyamar cela, bedak, salap bibir, pelentik bulu mata, maskara, pemerah pipi dan berus rambut. Jangan lupa tisu basah untuk membersihkan solekan!

bersambung.....

read more..

Kulit kusam boleh dicerahkan

Anda tidak perlu terlalu risau dengan masalah kulit gelap, kusam dan tidak bermaya. Ia boleh diatasi dengan memilih rangkaian produk penjagaan kulit bersesuaian khusus untuk pencerahan kulit atau pemulihan kulit. Di sini ditekankan bahawa produk pemutihan bertindak sama dengan produk pencerahan. Ramai yang keliru dengan label 'whitening' . Ada di kalangan wanita terutamanya yang berkulit cerah menolak penggunaan produk pemutihan kononnya tidak mahu putih melepak. Sebenarnya semua produk pemutihan tidak memutihkan kulit. Ia hanya menyeratakan dan menjernihkan kulit. Justeru, jangan bimbang kulit tidak akan menjadi putih melepak.
Rangkaian produk pemutihan / pencerahan bertindak mencerah dan memudarkan kecacatan warna kulit yang disebabkan oleh kulit kusam, tompok-tompok hitam, pigmentasi dan ton kulit tidak sekata. Ancaman persekitaran dan sinaran UV boleh menyebabkan kerosakan kulit menjurus kepada masalah yang anda alami. Keadaan ini juga boleh mengakibatkan kekeringan kulit. Produk pemutihan mengandungi antioksida yang tinggi untuk memudarkan tompok-tompok hitam. Jangan malas mengamalkannya kerana amalan yang berterusan boleh mencegah pigmentasi dan tompok-tompok hitam di wajah. Radikal bebas yang merosakkan kulit boleh mempercepatkan proses penuaan. Justeru, dengan adanya penghasilan kolagen dan antioksida, radikal bebas dapat dihapuskan. Manakala agen pelembap seperti vitamin E, minyak zaitun  dan shea butter, bertindak membekal dan mengekalkan lembapan. Ia menghidrat dan menyuburkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut dan halus. Malah wajah tampak lebih cerah, segar dan bermaya. Liang-liang roma menjadi halus dengan warna dan ton kulit sekata. Sebagai penjagaan sokongan, wajibkan diri memakai tabir suria setiap kali sebelum keluar rumah.


@Info dan Tips kecantikan Anda
read more..

Lirik Senyum – Malique & Najwa

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus


Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse


Senyum :)





@Info dan Tips kecantikan Anda
read more..

Selasa, 4 Januari 2011

4 langkah untuk rambut yang cantik menawan menggunakan Dove - Damage Therapy

Ingatkan pengering rambut merosakkan rambut? Tidak sebanyak apa yang anda lakukan sebelum dan selepasnya. Tuala boleh menjadikan rambut lebih kusut dan menyebabkan kutikel rambut terbuka. Sikat pula menyebabkan kutikel terangkat lebih lanjut pada rambut yang masih lembap. Langkah-langkah ini yang dilakukan setiap hari akhirnya mengakibatkan rambut lemah dan rapuh. Akan tetapi, hanya dengan 4 langkah yang mudah, kerosakan dapat dipulihkan. Dapatkan kebaikan unggul Dove dengan menggunakan regime harian dan mingguan yang lengkap.

1. Pembersihan Harian
Gunakan syampu Dove ke atas rambut yang basah dan urut ke kulit kepala. Bilas. Ulangi langkah untuk kulit kepala yang bersih secara menyeluruh.

2. Perapi harian
Urut perapi Dove ke rambut dari tengah ke hujung. Bilas selepas 1-3 minit.

3. Rawatan Intensif Mingguan
Urut Dove Treatment Mask ke atas rambut dari tengah ke hujung. Bilas selepas 3-5 minit.

4. Pemulihan Protein  Semalaman
Terapkan Dove Overnight Treatment ke rambut lembap dari tengah ke hujung. Lakukan rutin penjagaan rambut seperti biasa pada pagi keesokan. Gunakan 2-3 pam untuk rambut sederhana panjang. Gunakan jumlah yang sesuai mengikut keperluan.












@Info dan Tips kecantikan Anda
read more..

Isnin, 3 Januari 2011

10 destinasi paling romantik

Askmen.com menyenaraikan 10 kota paling romantik di dunia.

1. Bora-bora, French Polynesia
2. Casablanca, Maghribi
3. Buenos Aires, Argentina
4. Instanbul, Turki
5. Venice, Itali
6. Paris, Perancis
7. Algarve, Portugal
8. Vienna, Austria
9. Valetta, Malta
10. Kepulauan Greek

@Info dan Tips kecantikan Anda
read more..

Punca garis-garis halus dan kedutan di wajah

1. FAKTOR SEMULAJADI
Ini adalah proses penuaan secara semulajadi kerana pengurangan metabolisme sel pada kulit. Faktor genetik juga merupakan punca utama perkara ini berlaku. Jika kedua ibu bapa mengalami proses penuaan yang lambat, anda juga akan mengalami proses yang sama. Semakin usia meningkat, sel kulit lebih banyak membebaskan radikal dan sistem pertahanan juga semakin berkurangan. Hasilnya kulit akan kekurangan kolagen dan fibres elastin

2. PENDEDAHAN KEPADA SINAR UV
Proses penuaan ini adalah berkaitan dengan pendedahan yang berlebihan kepada sinar UV. Tabiat seperti merokok, tekanan, diet yang salah dan pengambilan alkohol adalah bersamaan dengan pendedahan kulit kepada sinar UV bagi tempoh yang panjang. Apabila berlaku kerosakan pada oxidative akan berlakulah pigmentasi, garis-garis halus dan kelembapan kulit juga akan berkurangan. Namun faktor penuaan ini boleh dielakkan dengan perlindungan dan penjagaan yang betul serta teratur.

3. MIMIK MUKA
Garis-garis halus ini selalu terjadi di muka terutama sekitar dahi, hujung mata, hidung dan bahagian tepi mulut. Ia juga dikenali sebagai garis mimik muka. Garis-garis ini terjadi akibat pergerakan otot muka, tarikan graviti dan tekanan atau alahan penggunaan kosmetik atau ubat pada wajah. Pakar kulit boleh mengenal pasti cara anda tidur berdasarkan kesan garisan halus pada muka sewaktu tidur. Garisan mimik muka ini muncul dan menjadi ketara apabila kulit menjadi lebih nipis dan kurang keanjalan seperti hasil yang didapati dari ujian photo-damage dan chronological ageing.

@Info dan Tips kecantikan Anda
read more..