Walau apapun tujuan kita berjalan sama ada untuk melawat keluarga, bertugas luar kota ataupun berdarmawisata, biasanya kala berpergian kita tidak terlepas daripada berasa tegang, tertekan. Ada kala untuk tampak sentiasa cantik dan bergaya ketika berpergian juga boleh membawa tekanan tanpa kita sedar. Ya, kita semua tahu betapa sukarnya untuk tampak sentiasa menawan selepas berjam-jam dalam kapal terbang atau transit. Bagaimana hendak memiliki ketrampilan yang sentiasa dilihat anggun tidak kira sepenat mana pun diri? Berikut 41 tip kendari kecantikan buat anda renung dan amalkan kala bersiap-siap waima melancong bersendiri, bersama kawan mahupun keluarga. Berkemas untuk berpergian tidaklah semudah yang disangka. Terutama dalam memilih alat solek dan alat penjagaan kulit. Kadang kala dalam kita memastikan kita membawa semua keperluan penjagaan kecantikan kulit tetapi pabila di tempat orang, ada saja yang kurang. Ini kerana kulit biasanya memerlukan produk yang berbeza bergantung kepada cuaca.
Kata kunci dalam hal ini, ambil masa ketika mengisi barangan solekan supaya tidak lupa perkara yang penting. Kedua, bawa produk serba guna, ini boleh menjimatkan ruang beg kerana anda tidak mempunyai banyak ruang untuk bawa semua! Justeru titip panduan di bawah ini supaya anda tampak sentiasa cantik tatkala berpergian ;
1. BAWA YANG PERLU SAJA
Dalam tergesa-gesa berkemas, kita cenderung mencapai apa saja. Bijakkan diri, luangkan sedikit waktu memilih barangan alat solek, rambut dan mandian. Tentukan apa yang perlu, ingatkan kembali jadual anda dan fikirkan gaya yang anda mahu tonjolkan - sama ada mesyuarat sebelah pagi, tengah hari atau makan malam. Begitu juga kala melancong.
2. AGIH DENGAN TERATUR
Jika mahu memakai pelembap ketika dalam kapal terbang, bawalah beg tangan besar atau bawa beg jinjing khas. Tetapi tentukan anda tidak masukkan syampu di dalamnya. Laburkan sedikit membeli saiz kembara. Ia bukan sahaja mendorong anda menjadi lebih teratur, ia juga mengajar anda membawa ikut keperluan dan barang yang sikit / ringan.
3. JANGAN PINGGIRKAN ALAT PENJAGAAN KULIT
Lapangan terbang dan 'perut' pesawat adalah tempat yang amat kering dan boleh menyebabkan kulit berasa terik dan kasar. Dan jangan lupa juga panahan matahari boleh menembusi cermin bas.
4. KEBARANGKALIAN HILANG BAGASI
Kalau perjalanan anda mengambil masa berbelas jam saya sarankan anda membawa keperluan asas di dalam bagasi tangan. Seandainya bagasi anda hilang atau tersasar ke tempat lain, setidak-tidaknya wajah anda tidak turut 'terkandas'. Jadi tentukan bagasi tangan anda ada; pelembap, penyamar cela, bedak, salap bibir, pelentik bulu mata, maskara, pemerah pipi dan berus rambut. Jangan lupa tisu basah untuk membersihkan solekan!
bersambung.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan