Halaman

Khamis, 3 Februari 2011

Tip Cantik - Dari Mata Turun Ke Hati

Solekan mata memainkan peranan penting dalam penampilan wajah secara keseluruhan. Bahagian mata perlu diberikan lebih perhatian agar wajah nampak cantik. Seseorang mempunyai bentuk wajah yang berbeza begitu juga dengan mata. Setiap bentuk mata memerlukan teknik solekan tertentu untuk menyerlah dan menutupi kekurangannya.


Mata Sepet
Biasanya dimiliki mereka berketurunan Cina atau berasal dari negara Timur.
  • Ketika menggunakan celak, jangan membuat garis terlalu panjang sehingga melepasi sudut mata luar yang akan membuat mata kelihatan segaris.
  • Gunakan solekan smokey eyes dengan menggunakan pembayang mata warna agak gelap seperti coklat tua, biru tua, ungu tua, hijau tua atau kelabu gelap.
  • Apabila anda mahu menggunakan bulu mata palsu, hindari bulu mata yang terlalu besar dan tebal kerana ini akan membuat mata kelihatan tidak asli. Pilih bulu mata berukuran setengah atau bulu mata tanam.
  • Gunakan maskara agak tebal untuk memberi kesan mata bulat.

Mata Besar
Teknik rias mata untuk mata berbentuk besar atau bundar adalah :
  • Berbeza dengan mata sepet, buatkan garis memanjang dengan menggunakan celak hingga melepasi sudut bulu mata.
  • Hindari pembayang mata berwarna gelap, sebaliknya gunakan pembayang mata berona perak atau warna terang lain.

Mata Berkantung
Mata akan kelihatan sembab, bengkak atau berkantung pada bahagian bawah kerana kurang tidur atau terlalu lelah. Untuk memperbaiki penampilan mata sembab atau berkantung, gunakan teknik rias mata ini :
  • Selepas menggunakan bedak asas, gunakan penutup cela (concealer) untuk menutupi kantung mata. Namun jangan menggunakan penutup cela terlalu tebal kerana akan menimbulkan tompokan dan kedutan yang tidak semula jadi. Pilih penutup cela yang warnanya hampir warna bedak asas agar tidak ketara.
  • Gunakan bedak tabur untuk meratakan warna pada kawasan bawah mata.
  • Pilih pembayang mata dengan warna yang tidak terlalu gelap agar bahagian mata tidak kelihatan semakin gelap. Warna coklat tua sesuai digunakan.

Mata Berjauhan
Letak mata yang berjauhan dapat diperbaiki dengan cara ini :
  • Buat shading yang memberi kesan untuk mendekatkan mata.
  • Panjangkan pangkal bulu kening supaya mata kelihatan lebih dekat.
  • Hindari menggunakan pembayang mata berwarna terang pada sudut mata bahagian dalam.

Mata Jatuh
Mata seseorang akan kelihatan jatuh hingga nampak kurang mempersonakan apabila usia semakin meningkat atau disebabkan faktor keturunan :
  • Pilih celak hitam dan garis lebih tebal pada sudut luar mata bahagian atas mahupun bawah.
  • Sapukan pembayang mata gelap agar mata kelihatan lebih besar. Gunakan pembayang mata dengan cara ditarik mulai daripada 1/3 sudut luar kelopak ke arah atas hingga membentuk sudut 90 darjah.

Bentuk Mata Berbeda
Bentuk antara mata kanan dan mata kiri umumnya memang tidak sama, tetapi apabila perbezaan nampak sangat jelas akan menjejaskan penampilan.
  • Gunakan bulu mata palsu. Caranya pilih bulu mata yang sesuai bentuk salah satu daripada mata anda agar nampak lebih sempurna. Untuk mata satu lagi, pasang bulu mata pada bahagian sudut luar mata pada posisi lebih tinggi.
  • Buat garis lebih tebal pada sudut luar mata menggunakan celak.
  • Sapukan maskara sedikit tebal pada sudut luar mata yang ingin diperbetulkan.
read more..