Halaman

Selasa, 21 Mei 2013

KHASIAT NONI / MENGKUDU


Foto Buah Noni Segar
NONI / MENGKUDU
- Nama saintifik bagi Noni = Morinda Citrifolia dan lebih dikenali dengan nama Mengkudu di kalangan orang Melayu.
- Tumbuh di Kepulauan Polinesia sejak 2000 tahun yang lalu dan digunakan untuk mengubati hampir segala penyakit.
- Seorang pakar biokimia perubatan yang terunggul di USA iaitu Dr. Ralph Heinicke telah mendapati Noni mengandungi proxeronine yang paling kaya di mana ia akan bertukar menjadi sejenis alkaloid - Xeronine yang berfungsi penting dalam proses perangsangan enzim dan pembentukan protein dalam badan kita. Mengikut beliau, ketiada Xeronine akan mengakibatkan kelemahan dan masalah fungsi badan. 
Dr. Ralph Heinicke
- Dengan penemuan Xeronine Dr. Ralph Heinicke telah dianugerahkan dalam buku "Orang Paling Penting Dalam Sejarah Dunia" pada tahun 1998

KEPERLUAN XERONINE
Keperluan Xeronine oleh badan meningkat apabila :

1. Protein yang banyak diperlukan semasa badan berasa tidak selesa dan sakit.
2. Tempoh pemulihan selepas sakit.
3. Aktiviti fizikal bertambah, cara gaya hidup mengalami perubahan.
4. Tidak cukup tidur.
5. Tekanan jiwa.
6. Pemakanan yang tidak seimbang.
7. Penuaan.
8. Penyalahgunaan ubat dan bahan perangsang.


6 keajaiban Xeronine untuk kesihatan :

1. Menyah toksik - mengekalkan kealkalian badan, meningkatkan sistem penghadaman
2. Anti kebengkakan - mengurangkan resdung, sakit sendi, buasir, kesakitan dll
3. Mengimbangkan hormon - menolong insomnia, menenangkan emosi, menyelaras sistem metabolisme
4. Menyelaras imunisasi - anti kuman, antibodi, meningkatkan sistem pertahanan
5. Anti-oxidant - anti radikal bebas, anti penuaan, anti barah
6. Peningkatan tenaga - meningkatkan sistem aliran darah, menguatkan otot & stamina

read more..

Selasa, 22 Mei 2012

Hapuskan Lingkaran Hitam Di Bawah Mata

Jika mata anda terlalu penat atau kurang tidur, ia boleh menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata. Keadaan ini secara tidak langsung akan mencacatkan sedikit penampilan atau mengurangkan seri wajah anda. Ramai wanita bimbang jika ini berlaku. Jika anda mengalaminya jangan biarkan ia berterusan. Gunakan krim mata yang terdapat banyak di pasaran dalam pelbagai jenama.


         Sapukan krim itu di bawah  mata setelah anda membersihkan wajah. Kemudian urut bahagian bawah mata secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Jangan sampai krim itu terkena mata. Istirahat yang mencukupi boleh membantu anda memulihkan semula kesegaran mata atau sekurang-kurangnya boleh mengurangkan lingkaran hitam itu.

         Sebaik-baiknya elakkan diri anda menonton tv atau membaca sehingga larut malam. Rehatkanlah mata anda kerana kesihatan mata akan memancarkan kejelitaan sebenar seorang wanita.
read more..

Keputihan Dan Jenisnya

Tak usah malu kalau vagina anda berbau kerana keputihan. Ternyata bau itu memang semulajadi, termasuk salah satu sistem kebersihan natural yang dimiliki vagina, agar dapat mencegah terjadinya jangkitan. Kalau bau tersebut terlalu kuat dan disertai cairan lendir berwarna kuning atau hijau, anda perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Kenali dahulu beberapa jenis keputihan yang biasa kita alami :

1. Normal
Warnanya bening atau putih dan baunya biasa saja. Cairan ini timbul kerana proses pembersihan semulajadi yang menjaga vulva (mulut vagina) agar tetap lembap dan bersih. Kesannya bergantung pada masa haid, apakah sedikit basah, tebal atau kenyal.
2. Kandidiasis
Warnanya putih kental seperti 'cottage cheese' dan baunya agak kuat. Keadaan ini berlaku apabila daerah vagina dijangkiti kulat Candida Albicans dan vagina menjadi sangat gatal. Sebaiknya segeralah mendapatkan rawatan di klinik dan hospital.

3. Trichomas Vaginalis 
Jika vagina terkena jangkitan yang disebabkan oleh parasit, contohnya melalui hubungan seksual, akan timbul cairan kental berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir. Cairan ini menyebabkan gatal di sekitar labia dan vagina seperti 'terbakar' setiap kali anda membuang air kecil. Jangan berlengah lagi. Segeralah mendapatkan rawatan di hospital.

4. Gardnella
Jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Hemophilus Vaginalis menyebabkan rasa gatal pada alat kelamin. Warnanya kelabu, berair serta banyak gelembung udara dan berbau hanyir. Jika anda mengalaminya, segeralah berjumpa doktor sakit puan untuk mendapatkan rawatan. Biasanya doktor akan memberikan ubat antibiotik.


Tips atasi masalah keputihan
  • Pola hidup sihat
  • Pakai seluar dalam dari bahan kapas
  • Pastikan vagina dalam keadaan kering (misalnya sesudah ke tandas)
  • Hindari seluar dalam yang ketat
read more..

Jumaat, 6 April 2012

Movavi Video Suite

Apa itu Movavi?


Movavi ditubuhkan pada tahun 2004 dan merupakan salah satu bentuk penyelesaian sistem video dan audio yang membolehkan anda menukar video dan audio ke mana-mana format atau peranti yang anda inginkan. Anda tidak perlu untuk menjadi seorang yang pakar untuk menggunakan perisian ini - ianya adalah begitu mudah untuk menggunakannya dimana sesiapa sahaja boleh menjadi mahir dalam masa yang begitu singkat! 

Movavi juga menawarkan perisian penyuntingan video, rakaman software, dan aplikasi video dalam talian secara percuma. Hanya dengan satu klik dan anda boleh menukar media digital anda ke mana-mana format yang anda inginkan.





Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. atau anda boleh terus ke http://www.movavi.com
read more..

Selasa, 22 November 2011

Kelebihan Bibir Seksi Bagi Wanita



Paisley: Kriteria seksi memang beragam bagi setiap individu. Namun, wanita berbibir seksi adalah mereka yang memiliki bibir atas berlekuk menonjol seperti bentuk ‘busur cupid’. Wanita yang memiliki bibir dengan bentuk ini, ternyata bukan saja hanya sedap dipandang, malah mereka merupakan pasangan yang hebat dalam hubungan intim.
Satu kajian yang dilakukan oleh sepasukan peyelidik dari University of the West of Scotland, Paisley, Scotland, baru-baru ini menemukan wanita berbibir seksi, dengan kriteria seperti di atas, lebih mudah untuk mencapai orgasme jika dibandingkan dengan mereka yang berbibir rata. Para peneliti mendapatkan fakta unik ini setelah melakukan tinjauan dan mengukur ketajaman lekukan dari bibir wanita.
Para penyelidik juga mendapati, semakin menonjol bentuk bibir atas, maka akan semakin kelihatan seksi dan semakin besar kemampuan wanita tersebut untuk mencapai orgasme.



Sumber : orangmuo.com
read more..

Isnin, 21 November 2011

Bagaimana Untuk Menggunakan "Bobby Pin" Untuk Membuat Tiga Gaya Rambut Comel

How to use bobby pins to make three cute hairstyles

video
read more..

Isnin, 4 April 2011

"PANAU" Dan Petua Menghilangkannya



Panau (Pityriasis versicolor):
  • Jangkitan di bahagian permukaan kulit disebabkan oleh pertumbuhan kulat pityrosporum orbicular secara berlebihan
  • Biasanya terjadi di kalangan remaja yang berpeluh terlalu banyak
  • Selain itu, menggunakan barang yang tidak sepenuhnya kering dan lembap. (Seperti tuala yang tidak kering atau menggunakan tuala orang lain)
  • Tidak mengamalkan kebersihan.(Hygiene)
  • Jangkitan ini mudah berulang semula

Pengetahuan tentang "Panau"

Penyakit panau (tinea versicolor atau pityriasis versicolor) merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari genus Malassezia.Ia biasanya menimbulkan rasa gatal apabila mereka yang mengidapnya berpeluh.

Petua Menghilang kan "Panau"

Ada di antara kita yang menghadapi masalah panau di badan. Jika panau tersebut berada di bahagian yang tertutup mungkin kurang merunsing tetapi jika di kawasan pandangan orang mungkin akan menjejaskan keyakinan diri.

Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh diusahakan untuk menghilangkan panau antaranya ialah;

  • Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas.
  • Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.
  • Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudian Tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau tersebut hilang.
  • Tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan pada tompok-tompok panau. Lakukan beberapa kali. Untuk lebih mempercepatkan kesannya, elakkan mengambil makanan yang menggunakan lengkuas.
  • Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.
  • Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang. Sapu pada panau dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang.
  • bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang.
  • Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Amalkan berulang kali sehingga berhasil
  • Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu.
  • Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihatlah hasilnya dalam beberapa hari
  • Tumbuk halia sebesar ibu jari hingga lumat.Tempelkan halia ke bahagian kulit yang berpanau selama 15 hingga 20 minit.

read more..

Beauty Tip of the Day