Berikut adalah tips diet tujuh hari yang boleh anda
lakukan sepanjang minggu secara berterusan untuk mendapatkan berat badan
yang diingini.
Hari Pertama
Makan semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman pula, minumlah
minuman yang sihat dan semulajadi. Elakkan dari minuman berkarbonat atau
yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Jus tembikai rendah kalori
ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan anda kerap mengambilnya.
Selain itu, anda disarankan untuk mengambil sup dalam pemakanan anda.
Hari Kedua
Makan semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung. Anda
tidak dibenarkan memakan kacang panggang dan yang seumpama dengannya.
Makan sehingga anda sendiri puas dengan rasa sayur itu dan makanlah
sebanyak mana sup yang kamu mahu. Pada sebelah malam pula, makan kentang
putar dalam hidangan besar. Gantikan mentega dan mayones dengan sedikit
garam dan lada hitam sebagai perasa.
Hari Ketiga
Gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi anda tidak perlu memakan
kentang putar untuk hari ketiga ini. Jika anda betul-betul mengamalkan
diet ini, anda sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua
hingga tiga kilogram.
Hari Keempat
Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak. Sebaiknya ambil tiga biji
pisang dan minum susu sebanyak mana yang anda mampu. Hari ini ialah hari
yang sukar dalam pusingan diet tetapi anda harus kekal berdisiplin demi
menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Anda juga tidak boleh lupa
mengambil sup dalam hidangan.
Hari Kelima
Anda dibenarkan untuk memakan daging putih (ikan atau ayam) yang
berjumlah antara 300 hingga 600 gram, selain memakan 6 biji tomato
segar. Tomato sebenarnya membantu mencernakan protein dari mencuci
pembinaan asid urik. Pengambilan sup sudah memadai jika diambil sekali
sahaja.
Hari Keenam
Anda dibenarkan memakan daging bersama sayur. Makanlah apa saja jenis
stik kerana ia baik untuk kandungan jantung. Tetapi, jangan makan
kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap
menjadi pilihan untuk melengkapkan menu anda.
Hari Ketujuh
Makanlah nasi menggunakan beras perang. Lengkapkannya dengan jus
buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Anda masih lagi disarankan
untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan