Anda tidak perlu terlalu risau dengan masalah kulit gelap, kusam dan tidak bermaya. Ia boleh diatasi dengan memilih rangkaian produk penjagaan kulit bersesuaian khusus untuk pencerahan kulit atau pemulihan kulit. Di sini ditekankan bahawa produk pemutihan bertindak sama dengan produk pencerahan. Ramai yang keliru dengan label 'whitening' . Ada di kalangan wanita terutamanya yang berkulit cerah menolak penggunaan produk pemutihan kononnya tidak mahu putih melepak. Sebenarnya semua produk pemutihan tidak memutihkan kulit. Ia hanya menyeratakan dan menjernihkan kulit. Justeru, jangan bimbang kulit tidak akan menjadi putih melepak.
Rangkaian produk pemutihan / pencerahan bertindak mencerah dan memudarkan kecacatan warna kulit yang disebabkan oleh kulit kusam, tompok-tompok hitam, pigmentasi dan ton kulit tidak sekata. Ancaman persekitaran dan sinaran UV boleh menyebabkan kerosakan kulit menjurus kepada masalah yang anda alami. Keadaan ini juga boleh mengakibatkan kekeringan kulit. Produk pemutihan mengandungi antioksida yang tinggi untuk memudarkan tompok-tompok hitam. Jangan malas mengamalkannya kerana amalan yang berterusan boleh mencegah pigmentasi dan tompok-tompok hitam di wajah. Radikal bebas yang merosakkan kulit boleh mempercepatkan proses penuaan. Justeru, dengan adanya penghasilan kolagen dan antioksida, radikal bebas dapat dihapuskan. Manakala agen pelembap seperti vitamin E, minyak zaitun dan shea butter, bertindak membekal dan mengekalkan lembapan. Ia menghidrat dan menyuburkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut dan halus. Malah wajah tampak lebih cerah, segar dan bermaya. Liang-liang roma menjadi halus dengan warna dan ton kulit sekata. Sebagai penjagaan sokongan, wajibkan diri memakai tabir suria setiap kali sebelum keluar rumah.
@Info dan Tips kecantikan Anda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan