Untuk mendapatkan wajah yang kemas dan menarik, tidak memerlukan usaha yang banyak.. hanya dapatkan kening yang kemas dan rapi dan anda tidak perlu membuang masa untuk make-up yang tebal.. tetapi proses untuk membuat cabutan haruslah betul, untuk mengelakkan hasil yang tidak diingini..
Lagipun dalam islam hukum adalah harus kepada mereka yang ingin mengemaskan muka( temasuk membuang bulu kening yang bersepah). Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.
Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.
Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.
Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.
Terlebih mencabut bulu kening mnkin mengambil masa berbulan2 untuk tumbuh... dan mungkin akan menyebabkan penipisan kening secara kekal..mungkin anda semua tidak mahu ini terjadi bukan? lagi pun ternd sekarang adalah mendapatkan kening yang lebih semulajadi.. penggunaan pensil juga semakin ketinggalan zaman sekarang.. kita boleh lihat di televisyen sekarang, kebanyakan jurumekap banyak menggunakan 'eyeshadow' yang gelap dan di beruskan di kening bagi mendapatkan bentuk yang lebih natural.. agipun bagi sesiapa yang tidak biasa menggunakan pensil kening, ia akan mendapatkan kesan yang tidak semulajadi, jika pensil itu tidak di kawal dengan sebetulnya..anda tidak mahu wajah yang garang bukan??
Pertama, bentuk kening yang semulajadi haruslah mengambil kira hujung kening di pepenjuru mata sebagai penentu ukuran. Jadi sebelum mencabut bulu kening, lukiskan dulu dengan pensil bentuk yang diingini. Garisan ini menjadi penentuan untuk proses cabutan nanti.. perlu diingatkan, kita hanya mencabut bulu yang bersepah.. dan jangan sesekali mencabut sehingga nipis hingga menampakkan satu garisan. Pastikan bahagian tengah antara hidung lebih tebal berbanding bahagaian hujung kening..
Pilih 'twezer' yang mmpunyai cengkaman yang baik.. yang membolehkan anda membuat cabutan serapat2nya ke kulit.. dan pastikan keadaan kulit adalah bersih sebelum mencabut.. ye la bila membuat cabutan tu, kita akan menyebakan bukaan rongga.. jadi senang kuman nk 'serang' nanti.. jd bersihkan dulu kawasan cabutan dan pastikan ia bebas dr kuman..(basuh muka dulu sebaik2nya).. pastkan anda mencabut di kawasan yang terang dan jelas bagi mengelakkan bebanan pada mata.. ye la mata kena fokus lebih la klau tmpat gelap.. ambik masa dan pastikan cabut satu persatu.. regangkan kulit sedikit semasa mencabut..... dan jangan tarik arah berlawanan dengan pertumbuhan bulu.. kalu tak...klau tak, sakitnya..
Selepas cabutan ..pastikan kulit berehat.. maksud saya letakkan sedikit gel atau krim yang menyejukkan, ataupun klau sesiapa ada daun lidah buaya tu, sapukan sedikit lendirnya bagi mengelakkan kerengsaan.
Akhir sekali, anda boleh meletakkan gel kening ataupun petroleum jelly bagi mengekalkan bentuk kening dan anda boleh melangkah dengan lebih berkeyakinan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan