Halaman

Isnin, 31 Januari 2011

Home » 10 perkara jangan dilakukan di Facebook

10 perkara jangan dilakukan di Facebook


1. Status mengatakan anda seorang diri di rumah atau kerja lebih masa di pejabat. Bukan itu sahaja, malah anda siap beritahu berapa lama kamu berseorangan. Bahaya betul!

2. Gambar helaian dokumen sulit seperti penyata akaun. Bukan sahaja anda bakal dituduh "suka menunjuk", tanpa sedar anda juga sebenarnya mendedahkan butiran peribadi yang tak sepatutnya diketahui orang lain.

3. Upload gambar "terlampau", walaupun hanya orang tertentu sahaja yang boleh melihatnya. Bayangkan jika mereka sebarkan foto tersebut!

4. Merungut perihal kerja walhal majikan anda juga ada dalam senarai teman di FB. Ia pasti akan menjejaskan reputasi kerjaya anda.

5. Syok sendiri. Anda suka "Like" dan komen pada gambar atau status anda sendiri.

6. Beri pandangan peribadi mengenai perkara yang menyentuh sensitiviti teman FB anda yang berlainan bangsa dan agama.
7. Katakan sesuatu yang belum pasti seperti, "Saya dapat kereta mewah bulan depan!", malangnya bank tak luluskan pinjaman anda.

8. Status marah anda. Walau sedang "panas", elak luahkannya di FB. Ada potensi untuk orang yang tak berkenaan pula yang terasa. Kamu juga akan dilihat sebagai "minah baran".

9. Butiran lengkap seperti nombor telefon dan alamat rumah. Anda memudahkan penjahat merancang sesuatu yang tak baik.

10. Jawapan telus. Apa yang ditanya, Anda pasti akan jawab, termasuklah angka gaji. Anda mesti bijak rahsiakan sesetengah perkara di laman web sosial

Go to my Facebook page @ http://www.facebook.com/koreanjapanfashion

Tiada ulasan:

Catat Ulasan