Halaman

Rabu, 12 Januari 2011

Home » , , » Petua mencantikkan bibir

Petua mencantikkan bibir

Adakah anda sedang mengalami masalah bibir kering ataupun bibir pecah? Jika tidak, adakah anda risaukan bibir anda hitam akibat daripada kesan merokok mahupun penggunaan gincu bibir yang kurang sesuai?
Seandainya anda berdepan dengan salah satu masalah di atas, usah cemas. Berikut satu petua ringkas untuk anda atasinya. Hanya satu bahan utama yang anda perlukan iaitu mentega.
Cara-caranya ;
1. Ambil sedikit saja mentega dan sapukan hingga rata di sekitar kawasan bibir anda.
2. Lakukan proses ini pada setiap malam iaitu ketika sebelum tidur.
Itu saja. Anda amalkanlah petua bibir ni sehingga bibir anda kembali segar dan warnanya pun kembali pada asal.
Selamat Mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan