Halaman

Selasa, 22 Mei 2012

Home » , , , » Keputihan Dan Jenisnya

Keputihan Dan Jenisnya

Tak usah malu kalau vagina anda berbau kerana keputihan. Ternyata bau itu memang semulajadi, termasuk salah satu sistem kebersihan natural yang dimiliki vagina, agar dapat mencegah terjadinya jangkitan. Kalau bau tersebut terlalu kuat dan disertai cairan lendir berwarna kuning atau hijau, anda perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Kenali dahulu beberapa jenis keputihan yang biasa kita alami :

1. Normal
Warnanya bening atau putih dan baunya biasa saja. Cairan ini timbul kerana proses pembersihan semulajadi yang menjaga vulva (mulut vagina) agar tetap lembap dan bersih. Kesannya bergantung pada masa haid, apakah sedikit basah, tebal atau kenyal.
2. Kandidiasis
Warnanya putih kental seperti 'cottage cheese' dan baunya agak kuat. Keadaan ini berlaku apabila daerah vagina dijangkiti kulat Candida Albicans dan vagina menjadi sangat gatal. Sebaiknya segeralah mendapatkan rawatan di klinik dan hospital.

3. Trichomas Vaginalis 
Jika vagina terkena jangkitan yang disebabkan oleh parasit, contohnya melalui hubungan seksual, akan timbul cairan kental berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir. Cairan ini menyebabkan gatal di sekitar labia dan vagina seperti 'terbakar' setiap kali anda membuang air kecil. Jangan berlengah lagi. Segeralah mendapatkan rawatan di hospital.

4. Gardnella
Jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Hemophilus Vaginalis menyebabkan rasa gatal pada alat kelamin. Warnanya kelabu, berair serta banyak gelembung udara dan berbau hanyir. Jika anda mengalaminya, segeralah berjumpa doktor sakit puan untuk mendapatkan rawatan. Biasanya doktor akan memberikan ubat antibiotik.


Tips atasi masalah keputihan
  • Pola hidup sihat
  • Pakai seluar dalam dari bahan kapas
  • Pastikan vagina dalam keadaan kering (misalnya sesudah ke tandas)
  • Hindari seluar dalam yang ketat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan