Halaman

Sabtu, 2 April 2011

Home » , » Masalah Rambut Gugur

Masalah Rambut Gugur

Masalah rambut gugur memang merungsingkan apatah lagi jika terdapat bahagian yang hampir menampakkan kulit kepala. Rambut gugur adalah proses yang biasa dialami setiap individu dengan anggaran 70 helai sehari iaitu sebanyak segenggam tangan kecil. Bagaimanapun, anda patut mula bimbang apabila jumlah rambut gugur lebih banyak daripada itu.

Secara umumnya terdapat banyak sebab rambut gugur. Gaya pemakanan dan pencemaran alam sekitar menjadi antara punca masalah keguguran selain disebabkan genetik atau keturunan keluarga. Contohnya jika anda mempunyai ibu,bapa atau datuk yang botak, ini bermakna anda juga berisiko mendapat atau mengalami nasib sama.

Masalah keguguran rambut juga lebih kerap berlaku di kalangan lelaki berbanding wanita dengan nisbah, seorang daripada lima wanita mengalami keguguran berbanding seorang daripada tiga lelaki mengalaminya. Ia boleh mula berlaku pada usia semuda usia 15 tahun hingga 30an lagi. Bagaimanapun, terdapat perbezaan corak keguguran rambut antara lelaki dengan wanita. Lazimnya mengalami botak secara tiba-tiba sedangkan wanita pula mengalami penipisan rambut yang menbuat rambut kelihatan jarang. Keadaan ini dikenali sebagai Alopecia Areata iaitu disebabkan banyak folikel kulit kepala kurang matang. Puncanya diketahui tetapi ia termasuk dalam kategori masalah auto imun.

Alopecia Aareata dan Traction Alopecia
Antara punca berlakunya alopecia areata adalah akibat tekanan pasikologi kronik berpanjangan,terkejut dan tekanan terlampau.ia juga baleh berlaku akibat kecederaan kulit kepala dan berlaku jangkitan bakteria atau virus. Keguguran rambut juga boleh berlaku akibat perubahan hormon semasa hamil dan alahan ke atas ubat-ubatan.
Satu lagi corak keguguran rambut dikenali sebagai traction alopecia. Ia berlaku akibat tekanan melampau pada rambut akibat penggunaan produk bahan kimia dalam dandanan rambut. Tekanan terlalu lama menyebabkan rambut gugur,merosakan folikel dan memperlahankan pertumbuhan rambut lalu akibatnya terhenti. Keguguran bercorak pseudopelade menyebabkan setompok rambut kelihatan gugur dan bagi sesetengah orang ia menyebabkan hampir keseluruhan rambut gugur dengan beberapa helai sahaja yang tinggal. Ia jarang belaku dikalangan wanita mahupun kanak-kanak dan tidak diketahui sebabnya. 

Jangkitan Kulat
Rambut gugur juga boleh berlaku akibat timea capitis (jangkitan kulat pada kulit kepala). Jangkitan ini disebarkan haiwan seperti anjing, kucing, lembu dan tikus hamsters. Kebanyakan mamalia mempunyai kulat kulit yang hidup tanpa simptom tetapi ia boleh disebarkan kepada manusia. Ia menyebabkan keguguran rambut atau rambut kelihatan seperti tunggul sehingga menampakkan kulit kepala. Keguguran rambut juga berlaku selepas bersalin, jangkitan serius, penyakit kornik, psikologi, pembedahan, ubat dan diet kurang protein juga dikenali sebagai telogen effluvium.


Merawat dan Menjaga Rambut
Mereka yang bermasalah rambut gugur perlu mendapatkan rawatan sewajarnya dengan mengenalpasti punca sebenar termasuk faktor keturunan disamping mengubah gaya hidup seperti permakanan, rambut perlu dijaga dengan sebaiknya. Oleh kerana hampir 90% rambut diperbuat daripada komponen protein, asid amino. Mineral seperti zink, zad besi, kalsium dan magnesium serta vitamin A, B-kompleks, C & D baik untuk menggelakkan sel keratin rambut. Bakaimanapun terlalu banyak vitamin A & D menyebabkan keguguran rambut. Ubah gaya masakan daripada mengoreng kepada kukus. Minyak membuatkan rambut kering, lemah dan mudah pecah di hujungnya. Jika anda mengunakan bahan kimia pada rambut, pastikan anda menjaganya dengan baik dengan merawat rambut. Penjagaan paling asas adalah dengan mencuci rambut setiap hari bagi memastikan kulit kepala sihat. Pendapat mengatakan mencuci kerap boleh mengeringkan rambut tidak benar sama sekali. Ia sama seperti membiarkan tubuh kotor selepas terdedah kepada debu, asap seperti pelbagai pencemaran lain. Kulit kepala yang bebas daripada kotor dan bekteria adalah asas kepada rambut sihat. 

Tips Memilih Syampu dan Penjagaan Rambut
• Pilih syampu untuk kulit kepala yang sihat.
• Elakkan syampu 2 dalam 1.
• Rambut tidak perlu disikat kecuali jika ingin mengemaskannya.
• Syampu rambut setiap hari agar kulit kepala bebas daripada pembiakan bakteria.
• Pastikan anda turut mengunakan pelembap rambut.
• Urutan 5 minit pada kulit kepala dapat merangsang folikel bagi membolehkan pengeluaran rambut baru.
• Buat rawatan kulit kepala sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.



@Info dan Tips kecantikan Anda


Tiada ulasan:

Catat Ulasan