Halaman

Jumaat, 11 Mac 2011

Home » , , » Rahsia Kulit Cantik

Rahsia Kulit Cantik

Siapa yang tidak inginkan kulit yang cantik, sihat dan segar? Pemilihan sabun yang betul dan sesuai adalah amat penting dalam penjagaan kulit. Oleh itu, pilihlah sabun yang berkualiti dan sesuai dengan kulit anda. Jika sabun yang digunakan tidak berkualiti, pasti ada di antaranya yang menyebabkan kulit kering dan alahan.

Jika anda tidak membilas sabun dengan bersih selepas menggunakannya, ia akan menyebabkan kulit menjadi kering dan berlakunya iritasi. Selain itu, ia turut menutup pori-pori dalam jangkawaktu panjang.

Jika kulit anda terlalu kering, pilihlah sabun yang mengandungi formula gliserin, petroleum dan beeswax kerana ketiga-tiga bahan itu boleh membantu melindungi dan mencegah kulit dari iritasi dan jerawat. Selain itu, sabun yang mengandungi rumusan bahan semulajadi, misalnya oren, limau, anggur dan timun juga baik untuk kulit.

Anda juga perlu tahu jenis-jenis sabun yang perlu dielakkan yang menggunakan formula-formula berikut:

1. Sodium Hydroxide & Alkaline - menyebabkan kulit
mengalami iritasi dan kering.

2. Anti Bacterial Formula - hanya membersihkan bahagian
luar tetapi tidak mematikan kuman dan bakteria yang
ada pada jerawat.

3. Lemak Haiwan - mengakibatkan jerawat.

4. PH di atas 7 - meningkatkan kewujudan Propionobacteria -
sejenis bakteria penyebab jerawat.


Sebagai pengguna, anda perlu bijak memilih serta mengenali sabun dan fungsinya seperti berikut:

Acne Soap - Sabun ini dikhususkan untuk membunuh bakteria-bakteria pada jerawat. Sabun ini mudah mengakibatkan kulit kering. Sebaiknya, sapukan pelembap atau losyen selepas menggunakannya.

Cosmetics Soap atau Bar Cleanser - Biasanya banyak dijual digerai kecantikan. Cosmetic soap memfokuskan formulanya untuk memberi hasil tertentu, seperti pada whitening facial soap dan firming facial soap.

Natural Soap - Sabun yang mengandungi rumusan semulajadi ini memiliki formula yang sangat lengkap seperti vitamin, ekstrak buah, ekstrak bunga, aloe vera dan minyak essential. Sesuai untuk semua jenis kulit dan kebarangkalian membahayakan kulit sangat kecil.

Deodorant Soap - Sabun ini bersifat aktif untuk menghilangkan bau kurang enak pada bahagian tubuh. Ia juga sesuai digunakan bagi mereka yang sentiasa menjalani kehidupan aktif. Anda tidak boleh menggunakan sabun ini pada kulit wajah kerana ia memiliki kandungan yang cukup keras yang dapat menyebabkan kulit mengalami alahan.

Umur kita semakin meningkat. Jesteru itu, penjagaan kesihatan perlu diutamakan untuk menjadi anda wanita istimewa.

@Info dan Tips kecantikan Anda

1 ulasan:

  1. Terima kasih atas petua ini. Teruskan usaha anda dengan berkongsi maklumat berguna seperti ini. Ia amat membantu.

    Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah

    BalasPadam