Halaman

Selasa, 21 Mei 2013

KHASIAT NONI / MENGKUDU


Foto Buah Noni Segar
NONI / MENGKUDU
- Nama saintifik bagi Noni = Morinda Citrifolia dan lebih dikenali dengan nama Mengkudu di kalangan orang Melayu.
- Tumbuh di Kepulauan Polinesia sejak 2000 tahun yang lalu dan digunakan untuk mengubati hampir segala penyakit.
- Seorang pakar biokimia perubatan yang terunggul di USA iaitu Dr. Ralph Heinicke telah mendapati Noni mengandungi proxeronine yang paling kaya di mana ia akan bertukar menjadi sejenis alkaloid - Xeronine yang berfungsi penting dalam proses perangsangan enzim dan pembentukan protein dalam badan kita. Mengikut beliau, ketiada Xeronine akan mengakibatkan kelemahan dan masalah fungsi badan. 
Dr. Ralph Heinicke
- Dengan penemuan Xeronine Dr. Ralph Heinicke telah dianugerahkan dalam buku "Orang Paling Penting Dalam Sejarah Dunia" pada tahun 1998

KEPERLUAN XERONINE
Keperluan Xeronine oleh badan meningkat apabila :

1. Protein yang banyak diperlukan semasa badan berasa tidak selesa dan sakit.
2. Tempoh pemulihan selepas sakit.
3. Aktiviti fizikal bertambah, cara gaya hidup mengalami perubahan.
4. Tidak cukup tidur.
5. Tekanan jiwa.
6. Pemakanan yang tidak seimbang.
7. Penuaan.
8. Penyalahgunaan ubat dan bahan perangsang.


6 keajaiban Xeronine untuk kesihatan :

1. Menyah toksik - mengekalkan kealkalian badan, meningkatkan sistem penghadaman
2. Anti kebengkakan - mengurangkan resdung, sakit sendi, buasir, kesakitan dll
3. Mengimbangkan hormon - menolong insomnia, menenangkan emosi, menyelaras sistem metabolisme
4. Menyelaras imunisasi - anti kuman, antibodi, meningkatkan sistem pertahanan
5. Anti-oxidant - anti radikal bebas, anti penuaan, anti barah
6. Peningkatan tenaga - meningkatkan sistem aliran darah, menguatkan otot & stamina

read more..